Home Nasional Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini
Nasional

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini

Foto BERNAMA

ALOR SETAR, 21 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengunjungi tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir di Kedah.

Beliau akan meninjau situasi banjir di negeri itu dengan mengunjungi PPS Stadium Sultan Abdul Halim, diikuti PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah dan seterusnya ke PPS Sekolah Kebangsaan Titi Gajah.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat 8 pagi ini ketiga-tiga PPS tersebut menempatkan seramai 1,349 mangsa daripada 467 keluarga dari daerah Kota Setar.

Bagi keseluruhan Kedah, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di 42 PPS di enam daerah meningkat kepada 7,494 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 6,760 orang pada 8 malam tadi.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....