Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Banjir Perak: Jumlah penduduk terjejas menurun kepada 108 orang
Nasional

Banjir Perak: Jumlah penduduk terjejas menurun kepada 108 orang

Banjir Perak: Jumlah penduduk terjejas  menurun kepada 108 orang

Foto BERNAMA

IPOH, 26 Ogos-Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak terus mencatatkan penurunan iaitu 108 orang daripada 24 keluarga setakat pukul 5.00 petang, berbanding 131 orang daripada 31 keluarga, pada pukul 4.00 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak dalam kenyataan memaklumkan, kawasan terjejas banjir hanya melibatkan daerah Muallim.

Kenyataan itu turut menjelaskan seramai 108 penduduk daripada 24 keluarga dari Kampung Pasir ditempatkan di PPS Masjid Jamek Kampung Pasir.

Manakala, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang di daerah Larut, Matang dan Selama yang menempatkan 23 orang daripada tujuh keluarga telah ditutup.

Sementara itu, laluan A121 Jalan Slim River-Behrang Ulu di daerah Muallim masih ditutup akibat jalan utama runtuh manakala FT 004 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang Gerik-Jeli kekal dibuka satu lorong disebabkan tanah runtuh.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...