Home Nasional Banjir Perak: Empat PPS dibuka
Nasional

Banjir Perak: Empat PPS dibuka

Banjir Perak: Empat PPS dibuka

Penduduk terjejas banjir ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara

IPOH, 24 Ogos – Seramai 241 penduduk terjejas banjir daripada 60 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, setakat pukul 8.00 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumka, ia melibatkan daerah Muallim iaitu PPS Masjid Jamek Kampung Pasir yang menempatkan 124 penduduk melibatkan 30 buah keluarga yang dibuka seawal 9.00 malam pada Jumaat.

Manakala 51 penduduk terdiri daripada 12 keluarga ditempatkan di PPS Masjid Jamek Slim Village, daerah sama.

\”Dua PPS dibuka di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) tengah malam tadi berikutan banjir yang berlaku di kawasan tersebut.

\”Antaranya PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang dengan 32 penduduk terjejas daripada 11 keluarga dan PPS Masjid Ali Rouse Ulu Sepetang dengan 34 penduduk daripada tujuh keluarga,\” menurut sekretariat itu.

Hujan lebat berterusan sejak petang semalam telah menyebabkan beberapa kawasan di Perak mengalami banjir.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...