Wednesday , 30 April 2025
Home Nasional Banjir: Penduduk terjejas di Kelantan & Terengganu meningkat
Nasional

Banjir: Penduduk terjejas di Kelantan & Terengganu meningkat

Banjir: Penduduk terjejas di Kelantan & Terengganu meningkat

Foto Bahagian Pengurusan Bencana & Operasi IPPA

KUALA TERENGGANU, 27 November-Situasi banjir di Kelantan semakin memburuk apabila mencecah 25,000 penduduk di sembilan daerah berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut Info Bencana JKM, kesemua penduduk daripada 7,465 keluarga itu kini berlindung di 141 PPS setakat 11.00 malam.

Daerah Pasir Mas merekodkan jumlah paling ramai penduduk terjejas iaitu 8,802 orang daripada 2,737 keluarga berbanding 6,981 orang petang tadi.

Ini diikuti daerah Tanah Merah yang mencatat 3,045 orang, membabitkan 922 keluarga di 21 PPS. Lain-lain daerah terjejas ialah Kuala Krai (2822), Pasir Puteh (2510), Kota Bharu (2146), dan Bachok (1332).

Turut terjejas ketika ini ialah daerah Tumpat (1953), Machang (1722) dan Jeli (762) penduduk.

Sementara itu, operasi memindahkan penduduk terjejas ke PPS masih lagi dilaksanakan agensi terlibat seperti Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dalam pada itu, jumlah penduduk terjejas di Terengganu meningkat kepada 5,051 penduduk daripada 1,387 keluarga, sehingga pukul 10.00 malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan, sebanyak 86 PPS di buka di enam daerah iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman dan Marang.

Daerah Besut merekodkan paling ramai penduduk terjejas iaitu 2,639 orang, Hulu Terengganu 981 orang, Setiu (858), Dungun (251), Kemaman (233) dan Marang (89).

Ketika ini masih berterusan di kebanyakan tempat di Terengganu. Hujan lebat signifikan di kawasan setempat boleh membawa risiko banjir yang lebih besar.

Di Kedah pula, dua PPS di buka melibatkan Kubang Pasu dan Sik.

Sehingga pukul 11.00 malam, seramai 45 penduduk terjejas banjir daripada 14 keluarga ditempatkan PPS SMK Changlun. Manakala, tujuh penduduk terjejas daripada dua keluarga ditempatkan di Dewan KEDA Kota Aur, Sik.

Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri Kedah dalam kenyataan berkata beberapa buah kampung di sekitar Changlun dilanda banjir.

Antaranya, Kg Nangmah, Kg Kumbang Nyah, Kg Lembah Keriang dan Kg Belukar. Manakala di Sik, hanya sebuah kampung yang terlibat iaitu Kg Kota Aur.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...