Home Nasional Banjir: Penduduk terjejas di enam negeri catat penurunan, Johor sedikit meningkat
Nasional

Banjir: Penduduk terjejas di enam negeri catat penurunan, Johor sedikit meningkat

Banjir: Penduduk terjejas di enam negeri catat penurunan, Johor sedikit meningkat

Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Melaka dan Pahang terus berkurangan / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Melaka dan Pahang terus berkurangan setakat pukul 8 malam tadi, manakala Johor menunjukkan sedikit peningkatan.

Keseluruhan mangsa banjir di tujuh negeri kini seramai 52,596 orang, menurun daripada 57,980 orang pada sebelah petang manakala kes kematian kekal tujuh orang.

Di Kelantan, jumlah penduduk terjejas berkurangan kepada 36,434 orang di 91 pusat pemindahan sementara (PPS).

Menerusi Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Tumpat mencatatkan jumlah tertinggi dengan 19,231 orang, diikuti Pasir Mas 16,759 orang.

Dua sungai utama, Sungai Golok di Rantau Panjang dan Tumpat, kekal melepasi paras bahaya namun menunjukkan penurunan.

Di Terengganu, keadaan banjir semakin pulih dengan 9,315 orang masih ditempatkan di 32 PPS sekali gus menunjukkan penurunan jumlah penduduk terjejas berbanding petang tadi iaitu 10,870 orang.

Di Kedah, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain menerusi satu kenyataan memaklumkan jumlah penduduk terjejas turun kepada 5,428 orang di 26 PPS, dengan Kota Setar paling terkesan iaitu seramai 3,782 orang.

Di Perak, Sekretariat JPBN dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah mangsa terus berkurang kepada 172 orang berbanding 282 penduduk petang tadi.

PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak di daerah Hilir Perak ditutup sepenuhnya pada pukul 4.30 petang berikutan banjir di kawasan terjejas telah surut.

Di Melaka, kenyataan JPBN memaklumkan, jumlah penduduk terjejas sedikit menurun kepada 162 orang setakat pukul 8 malam tadi berbanding 172 orang petang tadi.

Di Pahang, aplikasi Info Bencana JKM memaklumkan, jumlah penduduk terjejas berkurangan kepada 51 orang setakat 8 malam tadi berbanding 55 orang petang tadi.

Maran menjadi daerah terbaharu dilanda bencana itu selepas Temerloh dan Bera dengan empat PPS beroperasi iaitu dua di Temerloh manakala masing-masing satu di Bera dan Maran.

Sementara itu di Johor, jumlah penduduk terjejas menunjukkan sedikit peningkatan kepada 1,034, dengan Segamat paling terkesan iaitu seramai 863 orang.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....