Thursday , 12 December 2024
Home Nasional Banjir pagi: Terengganu catat peningkatan penduduk terjejas, empat negeri kekal
Nasional

Banjir pagi: Terengganu catat peningkatan penduduk terjejas, empat negeri kekal

Banjir pagi: Terengganu catat peningkatan penduduk terjejas, empat negeri kekal

Hujan lebat yang melanda sejak 9 Disember mengakibatkan Kampung Limau Kasturi di Gua Musang, Kelantan dilanda banjir ketika tinjauan semalam/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 Disember- Situasi banjir di Terengganu pagi ini mencatatkan peningkatan penduduk terjejas yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), manakala empat negeri lain iaitu Kelantan, Pahang, Johor dan Perak kekal, berbanding malam tadi.

Di TERENGGANU, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan seramai 5,811 orang (1,454 keluarga) di 30 PPS direkodkan setakat pukul 6.00 pagi ini, berbanding 5,198 orang malam tadi.

Banjir gelombang kedua di negeri itu menjejaskan daerah Kemaman iaitu seramai 5,452 orang (1,363 keluarga) di 22 PPS, manakala daerah Dungun, 359 orang (91 keluarga) di lapan PPS.

Sementara itu, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyatakan penduduk terjejas di Kelantan, Pahang, Johor dan Perak kekal setakat pukul 7.00 pagi ini.

KELANTAN kekal 307 orang (72 keluarga) di satu PPS, diikuti PAHANG 210 orang (66 keluarga) di tujuh PPS, JOHOR 155 orang (41 keluarga) di tiga PPS dan PERAK 34 orang (11 keluarga) di satu PPS.

Dalam pada itu,Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebatdan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Selangor, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 8.00 pagi ini.

Kawasan yang terlibat di Selangor adalah Klang dan Kuala Langat. Di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas melibatkan Mukah, termasuk Tanjung Manis, Daro, dan Matu. Di Sabah pula, ribut petir dijangka melanda Pedalaman (Sipitang, Tenom, dan Nabawan) serta Tawau (Tawau dan Semporna).

Amaran berkenaan dikeluarkan berikutan tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlaku atau hampir berlaku dalam tempoh melebihi satu jam.

Related Articles

UUM lonjak 95 anak tangga dalam QS Sustainability 2025
Nasional

UUM lonjak 95 anak tangga dalam QS Sustainability 2025

UUM lonjak 95 anak tangga dalam QS Sustainability 2025SINTOK, 11 Disember– Universiti...

Khaled, Marles ulangi kebimbangan perkembangan di Laut China Selatan
Nasional

Khaled, Marles ulangi kebimbangan perkembangan di Laut China Selatan

Foto Kementerian PertahananKUALA LUMPUR, 10 Disember– Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled...

Dewan Rakyat: Mat rempit beraksi di lebuh raya antara tumpuan hari ini
Nasional

Dewan Rakyat: Mat rempit beraksi di lebuh raya antara tumpuan hari ini

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 11 Disember– Isu mengenai kumpulan mat rempit yang sering...

Malaysia, Arab Saudi perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Nasional

Malaysia, Arab Saudi perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU

Mohamad Hasan dan Putera Faisal bin Farhan Al-Saud/ Foto RTMKUALA LUMPUR, 11...