Home Nasional Banjir Melaka: Jumlah penduduk terjejas menurun kepada 231 orang
Nasional

Banjir Melaka: Jumlah penduduk terjejas menurun kepada 231 orang

Banjir Melaka: Jumlah penduduk terjejas menurun kepada 231 orang

Jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Melaka menunjukkan penurunan kepada 231 orang setakat pukul 8 malam tadi / Foto RTM

PAYA RUMPUT, 23 November – Jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Melaka menunjukkan penurunan kepada 231 orang setakat pukul 8 malam tadi, berbanding 268 orang sebelumnya.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, PPS SK Tanjung Minyak 2 mencatatkan bilangan tertinggi dengan 181 penduduk daripada 48 keluarga.

Sementara itu, PPS Japerun Pantai Kundor menempatkan 35 penduduk daripada 11 keluarga dan PPS SK Taman Bukit Rambai pula melibatkan 15 penduduk daripada 5 keluarga.

Kawasan lain yang terjejas akibat banjir termasuk Taman Rambai Jaya, Taman Rambai Utama, Kampung Bukit Datuk A, Kampung Pantai Kundur dan Taman Rambai Indah.

Pihak berkuasa terus memantau keadaan dan memastikan bantuan diberikan kepada penduduk yang terjejas.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....