Home Nasional Banjir Melaka: 197 penduduk ditempatkan di tiga PPS
Nasional

Banjir Melaka: 197 penduduk ditempatkan di tiga PPS

Banjir Melaka: 197 penduduk ditempatkan di tiga PPS

Foto RTM

JASIN, 16 Oktober- 197 penduduk terjejas banjir daripada 56 keluarga ditempat di 3 Pusat Pemindahan Sementara PPS di Jasin, Melaka.

PPS SMK Dang Anum menempatkan seramai 123 penduduk terjejas daripada 36 keluarga.

PPS SMK Datuk Abdul Rahman Ya\’kob pula menempatkan 43 penduduk terjejas daripada 13 keluarga dan PPS SK Seri Mendapat menempatkan seramai 31 penduduk terjejas daripada 7 keluarga.

Banjir di Melaka berikutan hujan lebat pada 14 Oktober meyebabkan air melimpah ke kawasan berpenduduk yang rendah.

Sementara itu, Kira-kira 150 keluarga yang terjejas akibat bencana banjir di daerah Jasin akan menerima bantuan kecemasan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, bantuan kecemasan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Jasin untuk diagihkan secara terus kepada mangsa.

“Kesemua mangsa ini diberi bantuan kecemasan daripada NADMA dan disalurkan melalui PDT Jasin. Bantuan kecemasan ini akan diberikan kepada semua mangsa yang dikenal pasti,” katanya demikian ketika ditemui selepas melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, di Merlimau pada Selasa.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan, Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin serta Ahli Dewan Undangan (Adun) Merlimau Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....