Home Nasional Banjir masih landa empat negeri, Perak paling terjejas
Nasional

Banjir masih landa empat negeri, Perak paling terjejas

Banjir masih landa empat negeri, Perak paling terjejas

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Disember- Seramai 220 penduduk terjejas banjir ditempatkan di duapusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, setakat pukul 10.00 malam tadi, menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Angka berkenaan meningkat berbanding 176 orang pada petang tadi.

\”Manjung menempatkan 186 penduduk daripada 57 keluarga, manakala Perak Tengah menempatkan 34 penduduk daripada 11 keluarga,\” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, di Johor, jumlah penduduk terjejas banjir berkurang kepada 85 orang, malam tadi.

Angka itu berkurang berbanding 139 orang, pada petang tadi.

Setakat ini, hanya dua PPS dibuka di daerah Segamat.

Di Pahang, angka penduduk terjejas banjir meningkat kepada 48 orang malam tadi, berbanding seorang mangsa pada sebelah petang.

Empat PPS dibuka di daerah Bera dan Temerloh.

Bera menempatkan 12 keluarga,manakala Temerloh menempatkansebuah keluarga sahaja.

Dalam pada itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memaklumkan keadaan banjir di Terengganu semakin pulih dengan hanya 80 penduduk daripada 16 keluarga terjejas.

Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 290 orang yang dilaporkan terjejas pada petang tadi.

Ketika ini, hanya sebuah PPS masih dibuka di daerah Kemaman.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....