Home Nasional Banjir makin pulih, dua negeri terjejas
Nasional

Banjir makin pulih, dua negeri terjejas

Banjir makin pulih, dua negeri terjejas

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 Disember-Seramai 36 penduduk daripada 11 keluarga yang terjejas akibat banjir di Johor kini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 10.00 malam tadi.

Menurut portal Info Bencana JKM, angka itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding 40 orang daripada 12 keluarga yang direkodkan pada waktu pagi.

\”Hanya daerah Segamat yang terjejas. PPS berkenaan adalah Balai Raya Gemereh IV (Batu Badak),\” menurut kenyataan tersebut.

Selain Johor, banjir turut menjejaskan Pahang.

Di Pahang, seramai 11 orang daripada empat keluarga dilaporkan terjejas setakat malam tadi, menunjukkan penurunan daripada 41 orang daripada 12 keluarga pada waktu pagi.

Mereka yang terjejas kini ditempatkan di sebuah PPS di daerah Maran.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....