Home Nasional Banjir lima negeri, 3,808 orang masih terjejas
Nasional

Banjir lima negeri, 3,808 orang masih terjejas

Banjir lima negeri, 3,808 orang masih terjejas

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 Disember-Jumlah penduduk terjejas banjir di lima negeri setakat malam ini menunjukkan trend penurunan.

Daripada 5,555 orang petang tadi berkurang kepada 3,808 orang setakat pukul 9.37 malam.

Kelantan masih kekal tertinggi dengan 2,268 penduduk terjejas berbanding 3,704 orang malam tadi.

Menerusi portal Info Bencana JKM, jajahan Tumpat merekodkan 2,199 penduduk terjejas daripada 634 keluarga dengan tiga PPS masih dibuka.

Jajahan Pasir Mas pula menempatkan seramai 69 penduduk terjejas dengan 21 keluarga masih berlindung di sebuah PPS.

Di Kedah pula, situasi banjir makin pulih dengan 908 orang ditempatkan di empat PPS berbanding 1,131 orang petang tadi.

Di Melaka, jumlah penduduk berkurang kepada 92 orang berbanding 123 orang petang tadi.

Manakala di Johor, tiga daerah masih terjejas menyaksikan setakat ini 13 PPS masih aktif menempatkan 409 penduduk.

Di Perak, jumlah penduduk terjejas direkodkan seramai 131 orang di Kinta, Perak Tengah dan Manjung.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....