Home Nasional Banjir: Lebih 1,000 naskah al-Quran rosak dikumpul dan dilupuskan
Nasional

Banjir: Lebih 1,000 naskah al-Quran rosak dikumpul dan dilupuskan

Banjir: Lebih 1,000 naskah al-Quran rosak dikumpul dan dilupuskan

Foto RTM

PASIR MAS, 22 Disember-Sebanyak 150,000 naskah al-Quran rosak akibat banjir melibatkan beberapa buah negeri baru –baru ini di jangka mampu di kumpul untuk di lupuskan mengikut syarak.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Nik Yusaimi Yussof berkata setakat ini pihaknya sudah mengumpul sejumlah 55,000 naskah al-Quran dari beberapa daerah terjejas membabitkan tiga negeri terkesan; iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

\”Di Kelantan sahaja, kita telah mengumpul sehingga hari ini sebanyak 12.5 tan atau bersamaan 25,000 naskah yang terjejas akibat banjir dan di percayai masih ada banyak lagi al-Quran ini akan di serahkan di pusat pengumpulan\”, katanya demikian pada Program Jom Exchange Al-Quran (JEQ) dan Solidariti mangsa-mangsa banjir di Masjid Taman Maka Utama, di sini.

Tambah Nik Yusaimi pihaknya mewujudkan pusat pengumpulan al-Quran di masjid utama setiap daerah terjejas banjir bagi memudahkan penduduk menghantar kitab suci berkenaan sebelum digantikan dengan yang baharu.

Orang ramai diseru untuk mengambil peluang menukarkan al-Quran mereka yang rosak akibat ditenggelami banjir untuk dilupuskan melalui program JEQ KDN.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....