Home Nasional Banjir landa tiga negeri, Sarawak paling terjejas
Nasional

Banjir landa tiga negeri, Sarawak paling terjejas

Banjir landa tiga negeri, Sarawak paling terjejas

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 Februari- Seramai 5,381 orang daripada 1,653 keluarga terjejas banjir di Sarawak, setakat pukul 12.00 tengah malam tadi.

Jumlah berkenaan meningkat berbanding 5,125 orang daripada 1,506 keluarga, setakat pukul 8.00 malam tadi.

Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan sebanyak 30 pusat pemindahan sementara (PPS) masih diaktifkan di 15 daerah negeri itu.

Dalam pada itu, di Johor pula, seramai 372 orang daripada 106 keluarga ditempatkan di tiga PPS negeri itu.

Angka berkenaan bertambah berbanding 364 orang daripada 106 keluarga, setakat pada pukul 8.00 malam tadi.

\”Banjir di Johor hanya membabitkan daerah Kota Tinggi,\” menurut kenyataan itu.

Sementara di Sabah, seramai 253 orang daripada 65 keluarga terjejas di negeri itu.

Angka berkenaan bertambah, berbanding 228 orang daripada 60 keluarga, malam tadi.

Banjir di Sabah membabitkan dua PPS di Kinabatangan.

Related Articles

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA
Nasional

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA

Seramai 3,390 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menerima manfaat menerusi inisiatif...

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim
Nasional

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 Mac – Strategi pertahanan maritim Malaysia...

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri
Nasional

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail KUANTAN, 19 Mac...

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China
Nasional

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China

Seramai 28 pelajar dari Persatuan Kejuruteraan Universiti Malaya (Engineering Society of Universiti...