Home Nasional Banjir landa Besut, lima PPS dibuka
Nasional

Banjir landa Besut, lima PPS dibuka

Banjir landa Besut, lima PPS dibuka

Foto JPBM Besut

BESUT, 27 November – Besut kembali dilanda banjir susulan hujan lebat sejak malam tadi, menyebabkan lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat pukul 8 pagi ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, PPS yang dibuka ialah Dewan Terbuka Kampung Belaoh, Masjid Kayu Ulul Albab, Masjid Laklok, Balai Raya Beris Pak Abu dan Sekolah Kebangsaan Felda Tenang.

Sehingga kini, seramai 56 penduduk di daerah Besut telah dipindahkan dengan jumlah itu dijangka meningkat kerana hujan masih berlaku di kebanyakan kawasan.

Secara keseluruhan, seramai 97 penduduk terjejas banjir di Terengganu melibatkan dua daerah iaitu Besut dan Marang.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....