Home Nasional Banjir kilat melanda Kampung Baru
Nasional

Banjir kilat melanda Kampung Baru

Banjir kilat melanda Kampung Baru

Foto/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 Oktober- Hujan lebat yang melanda sekitar ibu negara menyebabkan banjir kilat di Kampung Baru, malam tadi.

Paras air banjir meningkat sehingga ke paras lutut, selepas kira-kira dua jam hujan lebat melanda kawasan tersebut.

Tinjauan RTM mendapati, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama membantu penduduk di situ.

Anggota JBPM bertindak pantas mengepam keluar air banjir menggunakan pam air.

Penduduk yang ditemui berkata, pihak JBPM dan PDRM tiba awal di lokasi, bersedia melaksanakan tugas mereka.

\”Banjir mula berlaku kira-kira pukul 8.00 malam. Saya lihat, pihak bomba dan polis telah berada di sekitar kawasan kami, bersedia membantu penduduk di sini.\” kata Mohd Nor Tugiran.

Sementara itu, seorang lagi penduduk yang ditemui berkata, paras air banjir naik dengan pantas.

\”Tindakan pihak bomba sangat pantas. Pam air digunakan membolehkan air dialirkan keluar dari kawasan ini. Menurut ibu saudara saya, paras air naik dengan cepat setiap kali hujan lebat melanda kawasan ini.\” kata Che Mohd Khairul Azhar Che Fadhil.

Hujan lebat yang melanda sekitar ibu negara pada 7.30 malam tadi, menyebabkan beberapa kawasan mengalami banjir kilat.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....