Home Nasional Banjir kilat di Sik, beberapa kampung terjejas – APM
Nasional

Banjir kilat di Sik, beberapa kampung terjejas – APM

Banjir kilat di Sik, beberapa kampung terjejas – APM

Foto Ihsan APM

SIK, 1 Oktober– Tiga sekeluarga di Kampung Charuk Tenang di Sik, Kedah, berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami mereka dinaiki air, mencecah kira-kira satu meter.

Insiden yang berlaku pada pukul 10.00 malam tadi, menyebabkan mereka terperangkap sebelum diselamatkan pasukan keselamatan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sik, Leftenan (Pertahanan Awam) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata kejadian berlaku berpunca akibat hujan lebat selama empat jam di kawasan hulu, sekitar daerah Sik.

Tambahnya, Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Sik menerima panggilan kecemasan daripada mangsa, untuk mendapatkan bantuan pemindahan.

\”Sepasukan pegawai dan anggota digegaskan ke lokasi, bagi menjalankan operasi menyelamat.\”

\”Selain Kampung Charuk Tenang, beberapa buah rumah di kampung berlainan turut dilanda banjir kilat,\” kata Leftenan Haisul kepada pemberita.

Turut terjejas, Kampung Bendang Man, Kampung Chepir, Kampung Jerai di hulu Sungai Chepir serta Kampung Lubuk Tualang di hulu Sungai Charuk Tebal.

Setakat ini, beberapa keluarga ditempatkan di Surau Kampung Lalang dan tiga keluarga di Balai Islam Tanjung Belit.

\”Saya menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan berisiko bencana banjir, terutama di sepanjang Sungai Chepir, supaya berpindah ke kawasan selamat sekiranya paras air terus meningkat.\”

\”Ia bagi mengelakkan risiko kehilangan nyawa dan kerugian harta benda,\” tambahnya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....