Home Nasional Banjir Kelantan: Penduduk terjejas terus meningkat
Nasional

Banjir Kelantan: Penduduk terjejas terus meningkat

Banjir Kelantan: Penduduk terjejas terus meningkat

Foto RTM

RANTAU PANJANG, 28 November-Jumlah penduduk terjejas yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh Kelantan terus meningkat.

Menurut Info Bencana JKM, setakat 6.00 pagi tadi, 27,313 individu berlindung di PPS melibatkan sembilan daerah terlibat.

Kesemua penduduk adalah daripada 8,189 keluarga itu kini berlindung di 146 PPS.

Daerah Pasir Mas kekal menyaksikan jumlah paling ramai terjejas iaitu 10,274 orang daripada 3, 234 keluarga.

Ini diikuti daerah Tanah Merah yang menyaksikan pertambahan pagi ini iaitu 3,200 orang membabitkan 960 keluarga di 22 PPS.

Lain-lain daerah terjejas ialah Kuala Krai (2826),Pasir Puteh (2613), Kota Bharu (2156) dan Bachok (1332).

Turut terkesan ialah daerah Tumpat (2390), Machang (1749) dan Jeli (773).

Sementara itu lima sungai utama merekodkan bacaan melepasi paras bahaya termasuk Sungai Golok di Rantau Panjang, Sungai Golok di Kuala Jambu Tumpat, Sungai Semerak di Pasir Puteh dan Sungai Galas di Dabong Kuala Krai.

Pengguna jalanraya turut terputus hubungan apabila beberapa laluan persekutuan dan negeri ditutup selepas dinaiki air.

Di Pasir Mas, 19 laluan ditutup antaranya, Jalan Pengkalan Rakit-Batu Karang, Jalan Lubuk Kiat – Kubang Kuau, Jalan Meranti-Pohon Tanjung dan Jalan Gual Tok Deh.

Jalan ini ditutup kepada semua kenderaan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....