Home Nasional Banjir Kelantan: Bilangan penduduk terjejas meningkat
Nasional

Banjir Kelantan: Bilangan penduduk terjejas meningkat

Banjir Kelantan: Bilangan penduduk terjejas meningkat

FOTO FAIL

TANAH MERAH, 30 Disember – Jumlah penduduk terjejas banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan menunjukkan sedikit peningkatan apabila sebuah PPS dibuka di Tanah Merah hari ini.

Laman InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, setakat 6.00 pagi, 882 individu daripada 267 keluarga kini berlindung di 19 PPS melibatkan tiga daerah terjejas iaitu Tanah Merah, Kuala Krai dan Machang.

\”Paling ramai ialah di Tanah Merah iaitu 633 individu melibatkan 208,keluarga kini berlindung di 13 PPS.

\”Kuala Krai dan Machang masing-masing kekal dengan 165 dan 84 individu yang berlindung di enam PPS,\” menurut InfoBencana JKM.

Sementara itu, laman PublicInfobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan, Sungai Sokor di Kampung Sokor Tanah Merah melepasi paras bahaya iaitu 22.84 meter berbanding tengahmalam tadi.

Manakala dua sungai, iaitu Sungai Golok di Kampung Jenob Tanah Merah dan Sungai Golok di Rantau Panjang Pasir Mas melepasi paras amaran.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....