Home Nasional Banjir: Kedah kekal negeri tertinggi penduduk terjejas
Nasional

Banjir: Kedah kekal negeri tertinggi penduduk terjejas

Banjir: Kedah kekal negeri tertinggi penduduk terjejas

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 11 Oktober– Situasi banjir di Kedah merekodkan jumlah tertinggi penduduk terjejas berbanding tiga negeri lain, apabila 24 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka, setakat pukul 8.00 pagi.

Pusat perlindungan itu dibuka di empat daerah iaitu Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu dan Pokok Sena membabitkan jumlah 3,294 orang.

Kota Setar merupakan daerah paling teruk terjejas dengan sembilan PPS dibuka, melibatkan penempatan 442 keluarga.

Di Perlis, seramai 662 penduduk terjejas berlindung di enam PPS.

PPS tersebut di buka di tiga daerah, membabitkan Arau (2), Kangar (3) dan satu di Padang Besar.

Sementara itu, di Perak, dua PPS dibuka di Kerian.

Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak menempatkan 71 penduduk terjejas manakala 65 orang lagi di SK Parit Haji Aman, Bagan Serai.

Dalam pada itu, di selatan tanah air, Johor kekal dengan catatan 17 penduduk terjejas banjir, pagi ini.

Kesemua penduduk terjejas itu masih berlindung di SK Seri Bunut, Batu Pahat.

Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) juga meramalkan empat daerah iaitu Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian akan berlaku hujan lebat dan ribut petir.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....