Home Nasional Banjir Kedah: 569 penduduk di Kubang Pasu dan Sik dipindahkan
Nasional

Banjir Kedah: 569 penduduk di Kubang Pasu dan Sik dipindahkan

Banjir Kedah: 569 penduduk di Kubang Pasu dan Sik dipindahkan

Foto APM Kedah

ALOR SETAR, 28 November – Jumlah penduduk yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kedah akibat banjir terus meningkat.

Setakat pukul 8.00 pagi tadi, seramai 569 penduduk melibatkan 197 keluarga di daerah Kubang Pasu dan Sik dipindahkan ke 7 PPS selepas kediaman mereka dilanda banjir ekoran hujan lebat sejak dua hari lalu.

Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah dalam kenyataan memaklumkan, di Kubang Pasu, 535 penduduk melibatkan 184 keluarga ditempatkan di enam PPS.

\”PPS Sekolah Menengah Kebangsaan, SMK Changlun menempatkan seramai 282 penduduk; SMK Binjai (105); Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Batu 8 (65); dan SK Sultan Ahmad Tajuddin (83).

\”Manakala PPS di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lubuk Batu dan SK Malau dalam proses bancian,\” menurut kenyataan itu.

Kesemua penduduk terjejas terdiri daripada 16 buah kampung dan taman perumahan yang dilanda banjir.

Antaranya Kampung Nangmah, Kampung Paya Nongmi, Kampung Kubang Lintah, Kampung Bendang Tok Leh, Kampung Belukar, Belakang Balai Polis Pekan Lama Changlun, Kampung Kubang Betong, Taman Cengal dan Taman Sri Utama.

Sementara itu di Daerah Sik, seramai 34 penduduk melibatkan 13 keluarga ditempatkan di PPS SK Kota Aur. Kesemua penduduk daripada Kampung Kota Aur.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....