Home Nasional Banjir: Jumlah penduduk terjejas di lima negeri meningkat
Nasional

Banjir: Jumlah penduduk terjejas di lima negeri meningkat

Banjir: Jumlah penduduk terjejas di lima negeri meningkat

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 16 Oktober-Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang, Perak, Kedah, Selangor, dan Johor meningkat kepada 4,481 orang.

Sebanyak 36 Pusat Pemindahan Sementara (PSS) telah dibuka.

Di Temerloh, Pahang, penduduk terjejas banjir terus meningkat kepada 1,551 orang daripada 452 keluarga.

Kesemua penduduk kini berlindung di sembilan PPS.

Di Perak, bilangan penduduk terjejas kini meningkat kepada 1,055 orang di lapan PPS yang beroperasi di empat daerah negeri itu.

Di Kedah pula, bilangan penduduk terjejas tidak berubah dengan 1,468 penduduk berlindung di 11 PPS meliputi Pendang, Pokok Sena, Kota Setar dan Baling.

Dalam pada itu, di Johor penduduk terjejas 17 orang daripada tiga keluarga.

Hanya satu PPS masih beroperasi di Batu Pahat.

Beberapa kawasan sekitar Selangor juga dilanda banjir kilat , dengan 88 orang telah dipindahkan.

Antaranya di Estana Court, Ukay Bistari dan Ukay Perdana, Hulu Klang .

JBPM Selangor turut memaklumkan 21 murid di sebuah Tabika Kemas, Kampung Klang Gate, dipindahkan ke kawasan selamat ekoran bilik darjah mereka dinaiki air.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....