Home Nasional Banjir Johor, Sabah beransur pulih
Nasional

Banjir Johor, Sabah beransur pulih

Banjir Johor, Sabah beransur pulih

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 8 April– Keadaan banjir di Johor dan Sabah tidak jauh berubah dengan jumlah penduduk terjejas di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan sedikit kepada 472 orang berbanding 481 orang, petang semalam.

Di Johor, jumlah penduduk terjejas di Batu Pahat menurun kepada 326 orang daripada 109 keluarga setakat pukul 9.00 pagi ini, berbanding 334 orang daripada 110 keluarga direkodkan semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata kesemua penduduk terjejas ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading, Batu Pahat.

Mereka merupakan penduduk Kampung Baharu, Kampung Parit Bengkok, Kampung Parit Kaspan, Kampung Parit Samion, Kampung Parit Haji Salleh Ros, Kampung Parit Sri Muar, Kampung Sri Pandan dan Kampung Parit Samijan.

Rohani berkata stesen Sungai Senggarang di Senggarang, Batu Pahat dilaporkan melepasi paras amaran dengan bacaan 3.26 meter.

“Selain itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir di Pontian, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Di Sabah, Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan setakat 8.00 pagi ini, jumlah penduduk terjejas banjir di Kinabatangan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Garam kekal 146 orang daripada 31 keluarga daripada empat kampung di daerah itu.- BERNAMA

Related Articles

Penulis lirik, Yusnor Ef meninggal dunia
Nasional

Penulis lirik, Yusnor Ef meninggal dunia

Foto Musika- Malaya\’s Early Music Scene From 1900 to 1965KUALA LUMPUR, 16...

Pekerja bengkel mengaku tak bersalah pandu mabuk, rempuh lelaki hingga maut
Nasional

Pekerja bengkel mengaku tak bersalah pandu mabuk, rempuh lelaki hingga maut

Foto FailJOHOR BAHRU, 16 April– Seorang pekerja bengkel, mengaku tidak bersalah di...

Presiden China diberi sambutan negara
Nasional

Presiden China diberi sambutan negara

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengiringi Presiden China, Xi Jinping di...

Rakyat digalak beli dan sokong produk tempatan
Nasional

Rakyat digalak beli dan sokong produk tempatan

Dr Nadzirah ZainordinKUALA LUMPUR, 16 April- Rakyat digalak membeli dan menyokong produk...