Home Nasional Banjir enam negeri, 1,096 masih terjejas
Nasional

Banjir enam negeri, 1,096 masih terjejas

Banjir enam negeri, 1,096 masih terjejas

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Disember– Jumlah penduduk terjejas akibat banjir di enam negeri menunjukkan trend peningkatan setakat pagi ini.

Menurut portal Info Bencana JKM, jumlah penduduk terjejas banjir meningkat daripada 520 orang malam tadi kepada 1,096 orang, setakat pada pukul 7.19 pagi.

Di Negeri Sembilan, jumlah penduduk terjejas banjir meningkat kepada 251 orang berbanding 233 orang malam tadi.

Mereka kini ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Sungai Kelamah, Balai raya Kampung Parit Buluh, dan SK Gedok.

Di Johor, jumlah penduduk terjejas banjir turut menunjukkan sedikit peningkatan kepada 166 orang berbanding 164 orang malam tadi.

Dua daerah masih terjejas di negeri itu, dengan empat PPS masih beroperasi.

Sementara itu, di Perak, seramai 112 penduduk terjejas direkodkan di daerah Kinta dan Perak Tengah.

Jumlah tersebut menurun berbanding 122 orang yang direkodkan malam tadi.

Di Pahang pula, 45 orang daripada 13 keluarga dilaporkan terjejas akibat banjir.

Manakala, di Melaka, jumlah penduduk terjejas banjir tidak menunjukkan sebarang perubahan dan kekal seramai 11 orang.

BERITA BERKAITAN:

  • Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, PPS di negeri banjir berkurangan

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....