Home Nasional Banjir empat negeri makin pulih, Perak paling terjejas
Nasional

Banjir empat negeri makin pulih, Perak paling terjejas

Banjir empat negeri makin pulih, Perak paling terjejas

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 Disember-Bilangan penduduk terjejas banjir di Perak kekal setakat pukul 9.00 malam tadi, iaitu seramai 220 orang daripada 68 keluarga di dua PPS.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Manjung menempatkan 186 penduduk daripada 57 keluarga.

Perak Tengah pula menempatkan 34 penduduk daripada 11 keluarga.

Sementara itu, di Johor, jumlah penduduk terjejas banjir menurun kepada 40 orang pada sebelah malam berbanding 85 orang terjejas pagi tadi.

Hanya satu PPS dibuka di Segamat; membabitkan 12 keluarga terlibat.

Di Pahang, angka penduduk terjejas banjir berkurangan kepada 41 orang pagi tadi, berbanding 47 mangsa, pagi tadi.

Dua PPS dibuka di Bera, manakala satu PPS di Maran.

Dalam pada itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan bahawa jumlah penduduk terjejas di negeri itu kekal empat orang daripada satu keluarga.

Di Terengganu, hanya daerah Kemaman yang terjejas.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....