Home Nasional Banjir di Raub, 25 keluarga terjejas dipindahkan ke dua PPS
Nasional

Banjir di Raub, 25 keluarga terjejas dipindahkan ke dua PPS

Banjir di Raub, 25 keluarga terjejas dipindahkan ke dua PPS

FOTO APM

RAUB, 10 November-Gelombang kedua banjir mula melanda Pahang apabila seramai 99 orang daripada 25 keluarga di daerah Raub dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS), awal pagi tadi.

Hujan lebat berterusan menyebabkan limpahan daripada air Sungai Gali dan menjejaskan Kampung Tok Machang dan Kampung Ulu Gali.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub, seramai 89 orang daripada 23 keluarga telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Tok Machang,manakala 10 orang daripada 2 keluarga dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Ulu Atok.

Penduduk terjejas diarahkan berpindah ke PPS berkenaan ekoran kediaman mereka dinaiki air yang boleh menjejaskan keselamatan mereka

Tambah kenyataan itu lagi, Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut membantu memindahkan penduduk terjejas ke PPS dan mengambil maklumat mangsa.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....