Home Nasional Banjir di Pokok Sena surut, tiga PPS ditutup
Nasional

Banjir di Pokok Sena surut, tiga PPS ditutup

Banjir di Pokok Sena surut, tiga PPS ditutup

Banjir di Pokok Sena surut, tiga PPS ditutup

POKOK SENA, 22 September– Keadaan banjir di Daerah Pokok Sena hampir pulih apabila tiga pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup.

Tiga PPS berkenaan adalah PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau, PPS Dewan Serbaguna Pokok Sena dan PPS Surau Permatang Limau.

Pegawai Daerah Pokok Sena merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pokok Sena, Mohamad Rizal Mohamad Radzi berkata, kesemua penduduk yang ditempatkan di PPS berkenaan telah pulang ke rumah masing-masing untuk membuat kerja-kerja pembersihan.

Mereka akan dibantu beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata, ketika ini hanya dua PPS masih beroperasi iaitu PPS Maahad Tarbiyah Islamiah Derang dan PPS SK Tualang.

\”Insya-Allah, kedua-dua PPS berkenaan juga akan ditutup dalam sehari dua lagi.

\”Seminggu kawasan ini ditenggelami air dan pada hari ini paras air surut sepenuhnya, alhamdulillah, terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Negeri Kedah dan juga Daerah Pokok Sena\”, katanya ketika dihubungi RTM.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....