Home Nasional Banjir di Perlis: Penduduk terjejas meningkat, tiga PPS diaktifkan
Nasional

Banjir di Perlis: Penduduk terjejas meningkat, tiga PPS diaktifkan

Banjir di Perlis: Penduduk terjejas meningkat, tiga PPS diaktifkan

Foto RTM

PADANG BESAR, 28 November-Perkembangan banjir di Perlis, penduduk terjejas terus meningkatkan kepada 239 orang sehingga pukul 7.00 pagi ini.

Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri, kesemua penduduk yang terjejas ditempatkan tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di Sekolah Kebangsaan Titi Tinggi, Sekolah Kebangsaan Guar Nangka dan Sekolah Kebangsaan Arau

PPS SK Titi Tinggi mencatatkan jumlah penduduk terjejas paling ramai iaitu 122 orang daripada 35 keluarga dari Kampung Titi Tinggi Hilir dan Kampung Guar Tinggi.

Manakala PPS SK Guar Nangka menempat seramai 67 penduduk terjejas banjir terdiri daripada 20 keluarga dan PPS SK Arau dengan 50 orang penduduk daripada 17 keluarga.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perlis sentiasa bersiap siaga bagi memindahkan penduduk terjejas ke PPS susulan hujan lebat ketika ini dan air terus meningkat serta akan ada pertambahan jumlah penduduk dan PPS yang akan diaktifkan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....