Home Nasional Banjir di Perak, jumlah penduduk terjejas meningkat kepada 1,605 orang
Nasional

Banjir di Perak, jumlah penduduk terjejas meningkat kepada 1,605 orang

Banjir di Perak, jumlah penduduk terjejas meningkat kepada 1,605 orang

Foto Fail

IPOH, 14 Oktober– Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak terus meningkat kepada 1,605 orang daripada 503 keluarga setakat pukul 10.00 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka melibatkan lima daerah.

PPS SK Slim River di daerah Muallim menempatkan jumlah penduduk paling ramai iaitu 431 orang daripada 116 keluarga.

PPS SK Kuala Slim pula menempatkan 117 penduduk daripada 28 keluarga dan 32 penduduk daripada 16 keluarga berlindung di PPS Dewan Kampung Batu 4.

Sementara itu, di daerah Kuala Kangsar, 334 penduduk daripada 132 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Pandak Hamid, OAOSC, Bawong.

189 penduduk daripada 58 keluarga dipindahkan ke PPS SMK RLKT Lasah dan 187 penduduk daripada 54 keluarga di PPS SK Lasah.

Di daerah Hulu Perak, PPS SK Pahit menampung 160 penduduk daripada 44 keluarga manakala 51 penduduk daripada 21 keluarga pula di SK Kerunai.

PPS SK Parit Haji Aman, Bagan Serai di daerah Kerian masih menempatkan 64 penduduk daripada 20 keluarga dan 40 penduduk daripada 14 keluarga berlindung di PPS SK Changkat Lobak.

Dalam pada itu, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak di daerah Hilir Perak dibuka pada pukul 9.00 malam tadi dan masih dalam proses pemindahan penduduk.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...