Home Nasional Banjir di Perak hampir pulih, 1 PPS masih dibuka
Nasional

Banjir di Perak hampir pulih, 1 PPS masih dibuka

Banjir di Perak hampir pulih, 1 PPS masih dibuka

Foto Fail: BERNAMA

IPOH, 24 Oktober– Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak terus berkurangan malam ini dengan 17 orang daripada tiga keluarga masih berada di satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Hilir Perak, berbanding 48 orang daripada 12 keluarga di tiga PPS, petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan PPS Dewan MPTI Langkap di Hilir Perak dan Sekolah Kebangsaan Dato\’ Sagor di Perak Tengah telah ditutup petang tadi selepas kesemua yang terjejas dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

\”Kesemua 17 orang daripada tiga keluarga di Hilir Perak itu berlindung di Dewan Serbaguna Chikus.

\”Mereka adalah penduduk dari Kampung Sungai Tungku, Kampung Parit 12, Kunci Air 4 serta Kampung Permatang Pelanduk yang ditempatkan di PPS itu sejak seminggu lepas,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....