Home Nasional Banjir di Kedah semakin surut
Nasional

Banjir di Kedah semakin surut

Banjir di Kedah semakin surut

Foto BERNAMA

ALOR SETAR, 27 September- Jumlah penduduk terjejas banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah kekal 609 orang daripada 163 keluarga setakat 8 pagi ini.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mereka ditempatkan di lapan PPS di daerah Pendang.

PPS terbabit ialah Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang, SMK Tanah Merah, SMK Ayer Puteh Dalam, Sekolah Model Khas Bukit Jenun, Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Mohamad Ariff, SK Tanah Merah dan SK Syed Ibrahim.

Sementara itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, setakat 8 pagi ini paras air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu melebihi paras bahaya iaitu 22.23 meter.

Tiga sungai di Kota Setar pula iaitu Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR merekodkan tahap waspada.-BERNAMA

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...