Monday , 17 February 2025
Home Nasional Banjir di Kedah makin pulih pagi ini
Nasional

Banjir di Kedah makin pulih pagi ini

Banjir di Kedah makin pulih pagi ini

FOTO APM KEDAH

ALOR SETAR, 26 September- Situasi banjir di Kedah menunjukkan tanda pemulihan dengan hanya 1,885 penduduk daripada 593 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8.00 pagi ini,berbanding 2,366 orang daripada 736 keluarga malam tadi.

Berdasarkan laporan Info Bencana daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua penduduk kini ditempatkan di 18 PPS yang terletak di tiga daerah iaitu Pendang, Kota Setar dan Pokok Sena.

Pendang mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,216 orang daripada 365 keluarga di 10 PPS. Diikuti oleh Kota Setar yang mempunyai 605 orang daripada 203 keluarga di tujuh PPS. Sementara itu, di Pokok Sena, satu PPS masih beroperasi dengan 64 orang daripada 25 keluarga.

Setakat semalam, sebanyak 4,769 orang telah mendaftar keluar daripada PPS, menandakan proses pemulihan yang berterusan.

Dalam perkembangan lain, laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan bahawa aras air di Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar, kini berada pada paras amaran iaitu 1.58 meter.

Related Articles

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma
Nasional

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma

FOTO RTMKLANG, 16 Februari- Seramai 99 murid dan pelajar menyertai program gunting...

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron
Nasional

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron

Foto FB MenteriKUALA LUMPUR, 16 Februari– Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi...

Banjir: Sabah kekal 54 penduduk terjejas pagi ini
Nasional

Banjir: Sabah kekal 54 penduduk terjejas pagi ini

FOTO ARKIB RTMKUALA LUMPUR, 16 Februari- Penduduk terjejas banjir di Sabah kekal...

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin
Nasional

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin

FOTO BOMBA PERAKTANJUNG MALIM, 15 Februari- Empat kanak-kanak antara 11 individu yang...