Home Nasional Banjir di Kedah, jumlah penduduk terjejas berkurangan
Nasional

Banjir di Kedah, jumlah penduduk terjejas berkurangan

Banjir di Kedah, jumlah penduduk terjejas berkurangan

Foto Fail

ALOR SETAR, 12 Oktober– Jumlah penduduk terjejas banjir di Kedahberkurangan kepada 2,040 orang daripada 618 keluarga, setakat pukul 9.00 malam ini.

Rekod itu menurun berbanding 2,387 orang daripada 718 keluarga, petang tadi.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata kesemuaditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah iaitu Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu dan Pokok Sena.

Katanya, daerah Kota Setar, menempatkan penduduk terjejas tertinggi iaitu seramai 1,283 orang daripada 389 keluarga ditempatkan di sembilan PPS.

Di Pendang, 512 orang daripada 140 keluarga ditempatkan di dua PPS danKubang Pasu mencatatkan 147 orang daripada 53 keluarga ditempatkan di dua PPS.

Sementara itu, seramai 98 orang daripada 36 keluarga ditempatkan di satu PPS di Pokok Sena.

Related Articles

Isu berkaitan internet antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Isu berkaitan internet antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 4 November- Persidangan Dewan Rakyat hari ini antara lain...

Kartel baja: Dua bekas pengurus besar ditahan
Nasional

Kartel baja: Dua bekas pengurus besar ditahan

Foto HiasanPUTRAJAYA, 3 November-Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman dua...

Penubuhan JTDC mampu realisasikan pelaksanaan gaji premium
Nasional

Penubuhan JTDC mampu realisasikan pelaksanaan gaji premium

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi /Foto RTMJOHOR BAHARU,...

Subsidi RM300 pelajar IPT dalam Sabah pulang ke kampung – Hajiji
Nasional

Subsidi RM300 pelajar IPT dalam Sabah pulang ke kampung – Hajiji

Hajiji Noor / Foto BERNAMAKOTA KINABALU, 3 November- Kerajaan Sabah akan memberikan...