Saturday , 7 December 2024
Home Nasional Banjir di Kampung Sungai Jernih paling buruk dalam sejarah – Penduduk
Nasional

Banjir di Kampung Sungai Jernih paling buruk dalam sejarah – Penduduk

Banjir di Kampung Sungai Jernih paling buruk dalam sejarah – Penduduk

Foto RTM

ALOR GAJAH, 12 Ogos-Beberapa penduduk terjejas banjir di Kampung Sungai Jernih, Alor Gajah menyifatkan banjir yang dialami mereka adalah merupakan paling buruk dalam sejarah sejak menetap di kampung berkenaan.

Menurut salah seorang penduduk terlibat, Mohd Hasim Yusof 59 tahun berkata, hampir 100 peratus keseluruhan keadaan rumahnya rosak dan dia terpaksa mengambil cuti selama lima hari untuk menguruskanrumahnya yang dinaiki air lumpur pada Ahad (semalam).

\”Kali ini paling teruk dalam sejarah saya tinggal di sini. Belum pernah lagi rumah rosak keseluruhannya.

\”Habis peralatan elektrik, perabot dipenuhi dengan banjir lumpur\”, katanya.

Hashim yang bekerja sebagai pengusaha bengkel kereta turut berkata dia terpaksa menganggungkerugian yang besar kerana sebanyak tiga buah kereta milik pelanggannyamengalami kerosakan teruk.

Manakala seorang lagi penduduk, Ahmad Said, 69 tahun berkata, dia idak sempat menyelamatkan barang-barang elektrik dan barang penting ketika air mula naik.

\”Rumah saya dinaik air lebih kurang satu kaki setengah,paras lutut lebih kurang.

\”Saya tidak sempat menyelamatkan barang- barang seperti elektrik, perabot,dan barang barang penting.Saya tidak tahu macam mana dan paling kesal sekali air yang turun itu bukan air bersihlah, air lumpur.

\”Jadi sekarang ini rumah saya dipenuhi dengan lumpur dan malang sekali air paip pula tidak ada untuk mencuci\”, katanya demikian selepas ditemui RTM di sini.

Jumlah penduduk terjejas banjir di Melaka semakin meningkat kepada 419 penduduk daripada 123 keluarga setakat jam 12.00 tengah hari tadi.

Related Articles

Hari Inovasi Negeri Melaka dapat sambutan meriah, rancang skala lebih besar tahun depan 
Nasional

Hari Inovasi Negeri Melaka dapat sambutan meriah, rancang skala lebih besar tahun depan 

Exco Sains, Teknologi, Inovasi  dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Fairul Nizam RoslanAYER...

KPKT lulus 7,243 MyKiosk di seluruh negara
Nasional

KPKT lulus 7,243 MyKiosk di seluruh negara

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming/ BERNAMASUBANG JAYA, 6 Disember–...

Pertandingan dan Pesta Batik Lestari, martabat karya batik tempatan di mata dunia
Nasional

Pertandingan dan Pesta Batik Lestari, martabat karya batik tempatan di mata dunia

FOTO BERNAMAKUALA LUMPUR, 5 Disember – Penganjuran Pertandingan Reka Bentuk Batik Lestari...

Daerah Jeli kembali dilanda banjir
Nasional

Daerah Jeli kembali dilanda banjir

Foto RTMTUMPAT, 5 Disember – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah...