Home Nasional Banjir: 113 orang di Hulu Bernam dipindahkan ke PPS
Nasional

Banjir: 113 orang di Hulu Bernam dipindahkan ke PPS

Banjir: 113 orang di Hulu Bernam dipindahkan ke PPS

FOTO APM HULU SELANGOR

SHAH ALAM, 4 Ogos- Sebanyak 113 individu dari enam kampung di Hulu Bernam, Hulu Selangor dekat sini dipindahkan ke pusat pemindahan banjir (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata terdahulu, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian melibatkan Kampung Sungai Selisik, kira-kira 5.50 petang.

Beliau berkata susulan laporan itu, sepasukan pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Baharu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sampai di lokasi, komander operasi mendapati kejadian banjir itu membabitkan enam kampung iaitu Kampung Sungai Selisik, Kampung Serigala, Kampung Sungai Nilam, Kampung Sekolah, Kampung Masjid dan Kampung Paya Lebar.

“Ketika kejadian, paras kedalaman air adalah setinggi 0.3 meter dan trend air dalam keadaan menurun. PPS telah dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Sekolah dengan menempatkan 113 mangsa,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Ahmad Mukhlis berkata operasi pemindahan turut membabitkan pasukan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Bomba Sukarela, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. – BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....