Saturday , 22 February 2025
Home Nasional Banci Pertanian 2024, rekod lebih 50,000 orang setakat hari ke-8
Nasional

Banci Pertanian 2024, rekod lebih 50,000 orang setakat hari ke-8

Banci Pertanian 2024, rekod lebih 50,000 orang setakat hari ke-8

Foto RTM

JELEBU, 14 Julai– Lebih 50,000 pengusaha pertanian di seluruh negara telah dibanci menerusi Banci Pertanian 2024, memasuki hari ke lapan hari ini, sejak ia mula dilancarkan pada 7 Julai lalu.

Menurut Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Banci Pertanian 2024 merupakan banci kali keempat yang dilaksanakan di Malaysia selepaskali terakhir dilaksana pada 2005.

Ujarnya, pelaksanaan Banci Pertanian 2024 mampu memberi data yang berkesan dalam menguruskan pertanian dan sumber makanan negara.

\”Setakat ini, selepas tujuh hari kita lancarkan Banci Pertanian 2024 data kita merekodkan lebih 50,000 orang telah dibanci menerusi kaedah ke tempat kediaman yang dilaksana di seluruh negara, mencecah 5 peratus.\”

\”Jadi, diperingkat awal ini memang kita dapati banyak penerangan dilaksanakan. Kita ucapkan terima kasih kepada rakan strategik kita daripada media dan juga jawatankuasa komuniti setempat dalam memudah cara urusan bancian,\” kata Dr. Mohd Uzir kepada pemberita pada sesi Lawatan Banci Pertanian 2024 di Kampung Ulu Sepri, di sini.

Beliau yang juga Ketua Perangkawan Malaysia berkata Banci Pertanian 2024 disasarkan untuk mencapai salah satu hasil utama negara iaitu mewujudkan satu Pangkalan Data Statistik Pertanian Bersepadu yang akan mengandungi maklumat rantaian pertanian bermula dari huluan hingga ke hiliran yang akan dikemaskini secara berkala.

Sementara, pengusaha dusun Durian Kampung Ulu Sepri, Ramli Muharam menyambut baik pelaksanaan Banci Pertanian 2024 yang memberi banyak manfaat kepada para perani di seluruh negara.

Banci Pertanian 2024 telah bermula 7 Julai lalu selama tiga bulan sehingga Oktober depan dan dijangka seramai 1.3 juta pemilik atau tempat kediaman akan diambil maklumat berkaitan penghasilan pertanian, profil, demografi, teknik pengguna tanah dan sebagainya.

Related Articles

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 22 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar
Nasional

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMAMANAMA, 22 Februari- Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Bahrain...

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat
Nasional

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat

Foto KPDN BALING, 22 Februari– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu
Nasional

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu

Foto FB Ab Rauf YusohPERINGGIT, 22 Februari– Jejantas Melaka Sentral kini dikenali...