Home Nasional Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji (KPH) Peringkat Negeri Perlis Musim 1446 Hijrah dan Tahun 2025 Masihi di Dewan Ibn Khaldun, Institut Kemahiran Mara, Beseri

KANGAR, 21 April- Setiap bakal haji hendaklah sentiasa menzahirkan rasa syukur atas peluang menjadi tetamu Allah serta melaksanakan ibadat haji dengan sebaik-baiknya, penuh keikhlasan dan tawaduk.

Peluang menunaikan ibadat haji adalah satu anugerah yang amat berharga dan hanya datang sekali dalam seumur hidup bahi kebanyakan orang. Justeru itu, para jemaah diseru agar sentiasa memelihara adab dan menjauhi segala perkara yang boleh menjejaskan kesempurnaan ibadat suci tersebut.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, bakal Jemaah didoakan agar dapat mengamalkan sebaik mungkin segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang mengikuti kursus-kursus haji anjuran Tabung Haji.

\”Sekiranya seseorang bakal Jemaah Haji memerlukan panduan dan maklumat berkaitan ibadah Haji diharap sentiasa merujuk Pembimbing Ibadat Haji yang dilantik serta bertauliah,\” titah Tuanku Syed Faizuddin Putra ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji (KPH) Peringkat Negeri Perlis Musim 1446 Hijrah dan Tahun 2025 Masihi di Dewan Ibn Khaldun, Institut Kemahiran Mara, Beseri.

Kursus Perdana Haji peringkat Negeri Perlis merupakan sebahagian daripada inisiatif Tabung Haji dalam memastikan para jemaah mendapat ilmu dan bimbingan secukupnya sebelum berangkat ke Tanah Suci yang melibatkan seramai 314 orang jemaah bakal Haji daripada Perlis.

122 adalah jemaah lelaki dan 192 lagi jemaah wanita manakala 259 Jemaah menggunakan perkhidmatan Muassasah ( Masyariq) dan 55 jemaah lagi swasta.

Tabung Haji sentiasa komited untuk menjaga kebajikan dan keselamatan semua jemaah haji Malaysia dimana komitmen ini terbukti dengan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Tabung Haji yang sentiasa mencapai standard bertaraf dunia malah menjadi contoh bagi negara-negara Islam lain.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...

Melaka catat 666 kes penipuan dalam talian, kerugian cecah RM19.5 juta
Nasional

Melaka catat 666 kes penipuan dalam talian, kerugian cecah RM19.5 juta

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Faitul Nizam RoslanALOR...