Home Nasional Badan kehakiman rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Mohamed Dzaiddin
Nasional

Badan kehakiman rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Mohamed Dzaiddin

Badan kehakiman rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Mohamed Dzaiddin

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 12 Julai– Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mewakili badan kehakiman Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah yang meninggal dunia malam tadi.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam kenyataan menyebut Mohamed Dzaiddin yang merupakan Ketua Hakim Negara dari 20 Dis 2000 hingga 15 Mac 2003 telah banyak berjasa kepada badan kehakiman Malaysia sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

“Kepulangan Allahyarham ke rahmatullah merupakan satu kehilangan besar yang amat dirasai oleh seluruh warga kehakiman khasnya dan negara amnya,” menurut kenyataan itu.

Mohamed Dzaiddin meninggal dunia pada usia 86 tahun di Hospital Prince Court malam tadi.

Berita pemergian Allahyarham disahkan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....