Home Nasional Audit integriti sistem utiliti Jalan Masjid India akan dilaksana
Nasional

Audit integriti sistem utiliti Jalan Masjid India akan dilaksana

Audit integriti sistem utiliti Jalan Masjid India akan dilaksana

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Audit integriti akan dilaksanakan ke atas keseluruhan sistem utiliti di Jalan Masjid India selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden tanah jerlus selesai.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ketika ini, pemeriksaan sedang dilakukan bagi memastikan keselamatan awam dan mengenal pasti punca insiden.

\”Tumpuan hari ini adalah operasi SAR. Setelah SAR selesai, kita akan melaksanakan audit integriti. Saya akan memanggil semua pihak yang terlibat, termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan semua pihak utiliti yang ada untuk melakukan audit tersebut.

\”Kami akan melihat punca dan menambah baik sistem utiliti serta sistem saliran kita,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau operasi SAR di Jalan Masjid India, di sini.

Audit tersebut akan melibatkan beberapa agensi termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Indah Water Konsortium, Jabatan Kerja Raya, dan Jabatan Mineral dan Geosains.

Dalam pada itu, mengenai tawaran kepakaran negara luar, Fadillah berkata pasukan SAR negara mempunyai kepakaran, peralatan dan teknologi terkini dan tiada keperluan menggunakan kepakaran luar negara buat masa ini.

\”Kepakaran dalam negara kita sudah mencukupi. Bomba, Polis dan jurutera kita semua mempunyai kepakaran dan teknologi yang diperlukan.

\”Ramai yang membantu dengan kamera dan peralatan lain, jadi kita tidak memerlukan kepakaran dari luar,\” katanya.

Fadillah turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pasukan keselamatan untuk menjalankan siasatan.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...