Saturday , 8 February 2025
Home Nasional ATM pamer 264 aset sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia
Nasional

ATM pamer 264 aset sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia

ATM pamer 264 aset sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia

Foto RTM

PORT DICKSON, 5 Oktober-Seramai 134 Pegawai dan 1395 lain-lain pangkat terlibat dalam memeriahkan sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia yang berlangsung di Kem Segenting, di sini hari ini.

Acara sambutan dimulai dengan Demonstrasi Dinamik manjadi permulaan acara yang memperlihatkan keupayaan aset serta kompetensi ATM melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu TDM,TLDM dan TUDM.

Tema sambutan tahun ini ialah Angkatan Masa Hadapan: Benteng Pertahanan Negara”,

Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab. Rahman berkata, tema berkenaan secara tidak langsung mempamerkan kredibiliti ATM dalam menggalas tugas untuk memastikan keselamatan dan kedaulatan negara dalam keadaan terpelihara.

\”Sambutan tahun ini membawa tema Angkatan masa hadapan benteng pertahanan negara mencerminkan setiap warga Angkatan Tentera Malaysia untuk terus meningkatkan keupayaan dan kesiapgaan demi memastikan ketumbukan ini berupaya menghadapi pelbagai ancaman serta cabaran masa kini dan juga masa hadapan secara tuntas serta berkesan tanpa kompromi\”, katanya demikian pada Majlis Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-91 Tahun 2024 di Kem Segenting, di sini.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan sebanyak 264 aset terlibat dalam demonstrasi tahun ini, iaitu TDM sebanyak 230 aset, TLDM, 19 aset dan TUDM 15 aset.

Perbarisan Tempur Statik turut menyaksikan terbang lintas empat buah pesawat ATM yang membawa bendera ATM, TDM, TLDM dan TUDM.

Related Articles

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor
Nasional

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian...

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari
Nasional

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 7 Februari- Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026...

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau
Nasional

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau

Mastura Ahmad MustafaKUALA LUMPUR, 7 Februari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Agong menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Agong menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 7 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...