Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Asyikfm turun padang santuni Orang Asli Pos Betau
Nasional

Asyikfm turun padang santuni Orang Asli Pos Betau

Asyikfm turun padang santuni Orang Asli Pos Betau

Ketua Bahagian Rancangan Asyikfm, Azmal Izrul Ismail

LIPIS, 3 Ogos– Asyikfm meneruskan program mendekati masyarakat Orang Asli dengan menganjurkan program turun padang ke Kampung Orang Asli Pos Betau, di sini, hari ini.

Program itu memuatkan pebagai pengisian kepada 2,000 masyarakat Orang Asli di Cameron Highlands.

Menurut Ketua Bahagian Rancangan Asyikfm, Azmal Izrul Ismail penganjuran program di perkampungan Orang Asli itu bagi menghargai masyarakat itu yang selama ini memberi sokongan kepada RTM.

Katanya, tidak hanya menfokuskan agenda untuk mendekati mereka, ia sekali gus mengangkat sosiobudaya masyarakat Orang Asli menerusi pelbagai medium.

\”Sebenarnya masyarakat Orang Asli di Betau ini dipilih satu persetujuan bersama dengan kerajaan negeri Pahang dan juga RTM bersama dengan Asyikfm bahawa ini adalah lokasi yang menjadi satu tumpuan atau pun titik pertemuan bagi masyarakat Orang Asli kita dapat berhubung dengan masyarakat di sebelah Perak dengan laluan Pos Betau dan kawasan lain,\” katanya.

Bagi acara kemuncaknya, Konsert Orang Kita 2.0 Ma Igah bakal bersiaran secara langsung di TV2 pada pukul 9 malam ini.

Konsert itu menampilkan penyanyi tempatan, antaranya Amir Ukays, Noraniza Idris, Zamani, Haiza dan Ameng Spring.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...