Home Nasional Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti
Nasional

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti

Muhammad Rizal Zainudin (tengah) pada Majlis Makan Malam Aspirasi dan Joggers 2024 di Kangar yang dirasmikan Ahli Parlimen Kangar, Zakri Hassan

KANGAR, 22 Disember- Sepanjang tahun ini, lebih 20program bersama komuniti telah dilaksanakan Aspirasi Prihatin Malaysia Negeri Perlis yang memberi manfaat kepada lebih 3,000 komuniti setempat.

Tidak hanya tertumpu kepada program sumbangan semata mata, Aspirasi Prihatin Malaysia melaksanakan pelbagai program tanggungjawab sosial dengan melibatkan kerjasama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan agensi kerajaan.

Menurut Presiden Aspirasi Prihatin Malaysia, Muhammad Rizal Zainudin, pendekatan turun padang bersama komuniti itu sebagai satu inisiatif mendampingi masyarakat dalam kehidupan penuh harmoni, saling cakna antara satu sama lain dan berkongsi rezeki.

Antara program yang telah dilaksanakan termasuklah gotong royong, bantuan pasca banjir, kenduri rakyat, ziarah kasih dari rumah ke rumah, program Ihya Ramadan, ceramah keagamaan, sukan rakyat, bantuan persekolahan, program latihan asnaf dan sebagainya melibatkan pelbagai peringkat komuniti dan kaum.

Lebih banyak program akan dilaksanakan sepanjang tahun 2025 yang mana setiap program sudah tentu akan memberi manfaat kepada komuniti yang disantuni.

Beliau menyatakannya pada Majlis Makan Malam Aspirasi dan Joggers 2024 di Kangar yang dirasmikan Ahli Parlimen Kangar, Zakri Hassan.

Program dilaksanakan bagi memberi penghargaan kepada ahli terlibat menjayakan pelbagai program serta menghargai peranan agensi yang bekerjasama dengan Aspirasi Prihatin Malaysia dan Persatuan Kebajikan Joggers Perlis.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....