Home Nasional ASEAN perlu bersatu hadapi persaingan kuasa besar – Anwar
Nasional

ASEAN perlu bersatu hadapi persaingan kuasa besar – Anwar

ASEAN perlu bersatu hadapi persaingan kuasa besar – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama di Forum Masa Depan Asean kali kedua di Hanoi / Foto Bernama

HANOI, 26 Februari – ASEAN perlu bersatu dan memperkukuh kedudukannya dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik serta persaingan kuasa besar, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap di Forum Masa Depan ASEAN (AFF) 2025, Anwar menggesa negara-negara anggota untuk memastikan keseimbangan dalam hubungan global agar tidak terperangkap dalam persaingan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Menurutnya, ketegangan perdagangan antara kedua-dua kuasa ekonomi dunia itu membawa cabaran dan peluang kepada rantau ini.

“Persoalannya, mampukah ASEAN benar-benar memanfaatkan peralihan ini, atau adakah kita akan terperangkap dalam percaturan kuasa besar?” katanya.

Anwar turut menekankan kepentingan ASEAN untuk membangunkan rantaian bekalan serantau yang berdaya tahan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pasaran tertentu, sekali gus mengelakkan kesan negatif daripada ketidakstabilan global.

“Kita mesti memastikan bahawa sebarang keuntungan daripada pelaburan dan perdagangan diagihkan secara adil dalam kalangan negara anggota dan tidak memperbesar jurang sedia ada,” tambahnya.

Tambah Anwar, Malaysia komited untuk memimpin usaha pelaburan hijau dan menerapkan prinsip kelestarian dalam pembangunan ekonomi ASEAN.

“Dengan perpaduan yang utuh dan hala tuju yang jelas, inilah saatnya ASEAN bersinar sebagai kuasa serantau yang kukuh,” ujarnya.

Forum tersebut turut dihadiri oleh pemimpin serantau serta pakar ekonomi dan keselamatan dari seluruh dunia bagi membincangkan masa depan ASEAN dalam menghadapi cabaran global yang semakin kompleks.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...