Home Nasional ASEAN: Malaysia mampu main peranan selesaikan konflik di Myanmar
Nasional

ASEAN: Malaysia mampu main peranan selesaikan konflik di Myanmar

ASEAN: Malaysia mampu main peranan selesaikan konflik di Myanmar

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 31 Oktober– Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN tahun hadapan berpotensi memainkan peranan penting dalam menetapkan arah penyelesaian isu di Myanmar.

Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Sufian Jusoh berkata pengalaman negara dalam berurusan dengan pelbagai pihak dan parti di negara itu, memberikan pemahaman yang mendalam mengenai kerumitan isu tersebut.

\”Sekarang adalah masa bagi Malaysia untuk fokus ke Myanmar kerana kita memainkan peranan penting dalam peralihan dari kerajaan tentera kepada kerajaan NLD melalui proses pilihan raya. Pengalaman kita dalam berurusan dengan pelbagai pihak memberi kita pemahaman mengenai kerumitan isu tersebut.

Malaysia dapat memainkan peranan besar di sini untuk membina konsensus dan bergerak ke arah democratization serta pilihan raya untuk memberi legitimasi kepada kerajaan seterusnya,\” kata Dr. Sufian.

Beliau berkata demikian semasa menjadi tetamu di program \’On The Table\’ di Angkasapuri.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa krisis di Myanmar adalah kompleks dan memerlukan ketelitian dan masa untuk diselesaikan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....