Home Nasional ASEAN 2025: Pengalaman Laos perlu dijadikan rujukan
Nasional

ASEAN 2025: Pengalaman Laos perlu dijadikan rujukan

ASEAN 2025: Pengalaman Laos perlu dijadikan rujukan

Duta Besar Malaysia ke Laos, Edi Irwan Mahmud

VIENTIANE, 26 September – Malaysia perlu menjadikan pengalaman Laos sebagai rujukan untuk tampil lebih proaktif, sebaik mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN tahun depan.

Duta Besar Malaysia ke Laos, Edi Irwan Mahmud berkata, sebagai sebuah negara sedang membangun, Laos mampu melaksanakan peranannya dengan baik, walaupun berdepan pelbagai kekangan.

\”Kita faham kekangan Laos ini adalah dari segi ekonominya agak rendah dalam negara ASEAN. Kita tidak mengharap dari segi bentuk kewangan dan sebagainya. Tapi kita belajar daripada cara mereka mengendalikan hospitaliti kepada negara ASEAN.

\”Walaupun mereka mengalami kekangan dari segi kewangan, tenaga kerja, fasiliti. Mereka setakat ini memberi yang terbaik. Malaysia sebagai sebuah negara pengasas ASEAN perlu lebih baik,\” katanya ketika ditemui di Pejabat Kedutaan Malaysia di Laos.

Laos secara rasmi akan menyerahkan jawatan Pengerusi semasa Sidang Kemuncak ASEAN dari 8 hingga 11 Oktober depan.

Menyaksikan Malaysia bakal memegang jawatan tertinggi ASEAN itu buat kali kelima.

Sementara itu, Edi Irwan berkata, hubungan dua hala selama 58 tahun antara Malaysia dengan Laos semakin kukuh.

\”Walaupun dari segi perdagangan kecil, tetapi kita merupakan pelabur asing keempat terbesar. Januari hingga Jun tahun ini, jumlah dagangan kita sekitar RM48.3 juta,\” tambahnya.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...