Tuesday , 24 December 2024
Home Nasional ASEAN 2025: Pencemaran plastik isu yang akan disuarakan Malaysia
Nasional

ASEAN 2025: Pencemaran plastik isu yang akan disuarakan Malaysia

ASEAN 2025: Pencemaran plastik isu yang akan disuarakan Malaysia

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 16 Julai– Pencemaran plastik yang melanda dunia ketika ini antara isu yang akan disuarakan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam Sidang Kemuncak ASEAN 2025.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad, memaklumkan cadangan berkenaan isu tersebut telah dinyatakan kepada Timbalan Setiausaha Agung (Komuniti Sosiobudaya) ASEAN ASC Ekkaphab Phanthavong dalam satu pertemuan semalam.

“Kita telah suarakan antara cadangan Malaysia selain jerebu rentas sempadan yang selalu menjadi fokus isu alam sekitar di ASEAN. Kita ingin lihat soal pencemaran plastik kerana ini bukan hanya masalah yang membelenggu Malaysia.

“Kalau tengok Indonesia, Filipina dan negara lain juga berdepan masalah plastik,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Simposium Dron Kebangsaan 2024.

Tambahnya, penyelesaian isu ini memerlukan kerjasama semua negara ASEAN.

“Kita tahu kalau bergerak satu negara mungkin kita terlalu kecil untuk dapat perhatian, tetapi kalau bergerak sebagai satu rantau ASEAN dengan 670 juta penduduk, maka kita dapat perhatian komuniti dunia. Kita memang bekerja keras mencari penyelesaian menyeluruh,” katanya.

Sementara itu, pemantauan pencemaran alam sekitar, pencerobohan dan hidupan liar melibatkan kawasan perlindungan lebih berkesan menerusi penggunaan dron.

Nik Nazmi memaklumkan penggunan teknologi tersebut telah diaplikasikan di beberapa agensi di bawah kementeriannya seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perhutanan Semanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

\”Maka dengan adanya dron, walaupun ia tidak seratus peratus tetapi ia sangat membantu, kerja yang dibuat oleh dron itu umpama empat atau lima atau lebih, sebab biasa kalau kita buat kerja manual, kita berada di atas tanah, tetapi dengan dron kita berada di atas, ia memberi kelebihan dan bantu kita laksana tugas dengan cekap\”, katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan semua pihak untuk memanfaatkan teknologi itu dengan bijak dan bertanggungjawab dan dron yang ingin diterbangkan bagi tujuan kerja udara hendaklah mendapat permit daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Related Articles

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan
Nasional

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 Disember– Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) terus...

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh
Nasional

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh

Kemalangan di kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara dari Ayer Keroh...

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan
Nasional

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan

Enam individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), bas...

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024
Nasional

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024

Exco Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar negeri, Datuk Rashidi Zinol /...