Thursday , 6 February 2025
Home Nasional AS bincang rundingan senjata Sudan
Nasional

AS bincang rundingan senjata Sudan

AS bincang rundingan senjata Sudan

Foto REUTERS

WASHINGTON, 24 Julai-Amerika Syarikat mengumumkan telah menjemput pihak yang terlibat dalam konflik di Sudan untuk mengadakan rundingan gencatan senjata di Switzerland bulan depan.

Setiausaha Negara Antony Blinken berkata Washington telah menjemput tentera Sudan dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera untuk memulakan rundingan bermula 14 Ogos depan.

\”Amerika Syarikat tetap komited untuk bekerjasama dengan pihak terlibat untuk menamatkan perang yang dahsyat ini,\” kata Blinken dalam satu kenyataan.

Komander RSF, Mohamed Hamdan Daglo yang telah berperang dengan tentera selama lebih setahun berkata dia menyambut baik jemputan berkenaan dan komited menyertai rundingan terbabit.

\”Saya mengisytiharkan penyertaan kami dalam rundingan gencatan senjata akan datang pada 14 Ogos 2024, di Switzerland,\” tulisnya di X.

Sebelum ini, rundingan yang sama di Arab Saudi baru-baru ini gagal menamatkan pertempuran yang menyebabkan berjuta-juta orang kehilangan tempat tinggal, kelaparan dan menyebabkan sebahagian besar ibu kota Khartoum dalam runtuhan.

Beberapa percubaan oleh beberapa negara untuk menjadi pengantara termasuk Kesatuan Afrika, gagal untuk membawa pihak yang bertelagah ke meja rundingan.

Konflik yang berlaku di antara Tentera Sudan di bawah pimpinan Abdel Fattah al-Burhan dan RSF yang diketuai oleh bekas timbalannya Daglo telah mengakibatkan puluhan ribu kematian. Manakala lebih 10 juta orang melarikan diri daripada Sudan menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

\”Rundingan di Switzerland bertujuan menghentikan keganasan di seluruh negara untuk membolehkan akses kemanusiaan kepada semua yang memerlukan.

\”Selain itu, rundingan berkenaan juga dapat membangunkan mekanisme pemantauan dan pengesahan yang mantap untuk memastikan pelaksanaan sebarang perjanjian,\” kata Blinken.

Rundingan tersebut akan dikendalikan oleh AS bersama-sama Arab Saudi merangkumi Kesatuan Afrika, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, dan Pertubuhan Bangsa Bersatu sebagai pemerhati, kata Jabatan Negara Amerika Syarikat.-AFP

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...