Home Nasional APMM guna pesawat udara cari mangsa pelanggaran bot dan tongkang yang hilang
Nasional

APMM guna pesawat udara cari mangsa pelanggaran bot dan tongkang yang hilang

APMM guna pesawat udara cari mangsa pelanggaran bot dan tongkang yang hilang

Foto: FB Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

KUALA TERENGGANU, 11 Ogos– Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggunakan pesawat udara miliknya bagi mencari tiga mangsa yang masih hilang dalam insiden pelanggaran bot nelayan dan tongkang di perairan Kemaman pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kemaman Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata pihaknya telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) pada 8.40 pagi tadi dengan pangkalan hadapan telah dibuka di Jeti Haji Pa di Kemaman.

“Bot Penggalang 17 telah diatur gerak ke tempat kejadian manakala pesawat udara APMM sedang diatur gerak untuk melaksanakan pencarian melalui udara di sekitar kawasan kejadian.

“Usaha Carilamat turut disertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan polis. Persatuan Nelayan Kawasan Kemaman turut membantu usaha mencari mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Maritim Malaysia menyarankan komuniti maritim berhampiran untuk segera menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kemaman di talian 011-13390521 atau talian kecemasan NG999 sekiranya mempunyai sebarang maklumat barkaitan sebarang penemuan bagi membantu CARILAMAT yang dilaksanakan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....