Home Nasional APM Perlis siap siaga hadapi fenomena air pasang besar
Nasional

APM Perlis siap siaga hadapi fenomena air pasang besar

APM Perlis siap siaga hadapi fenomena air pasang besar

Foto APM Perlis

KANGAR, 16 Oktober- Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis kini berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi kemungkinan berlaku fenomena air laut pasang besar bermula hari ini hingga 19 Oktober ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Mohd Daud dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menggerakkan seramai 90 pegawai dan anggota yang akan melakukan pemantauan di sembilan lokasi tumpuan utama berisiko banjir ketika air pasang besar.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri fenomena itu dijangka boleh mencecah sehingga 3.7 meter.

Kawasan tumpuan utama ialah Padang Semarak, Kampung Hujung Tanjung, Kampung Seberang Tok Pi, Kampung Tengah, Kompleks Makanan Laut , Dataran IMAB, Pulau Ketam, Kampung Wai, Kurung Tengar, Labuan Blocks, Kuala Sanglang dan Sungai Baru.

\”Lima kawasan lain turut diberikan perhatian sekiranya air pasang besar bertembung dengan hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir besar ialah Kampung Tok Kuning, Kampung Kota Keran, Kampung Bakau, Kampung Tok Kandang dan Repoh.

\”Selain pegawai dan anggota, APM Perlis turut menggerakkan tiga buah kenderaan pacuan empat roda, dua buah lori, tiga buah kenderaan pelbagai guna dan tiga buah ambulans,\” kata Izaimi.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri turut memiliki 1,200 orang kekuatan untuk bantuan langsung terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

Selain itu, terdapat 6,000 lagi kekuatan daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat seperti Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pendidikan bersiap siaga ditugaskan sekiranya berlaku bencana.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....