Thursday , 6 February 2025
Home Nasional AOL pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan, belum diterima – Anthony
Nasional

AOL pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan, belum diterima – Anthony

AOL pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan, belum diterima – Anthony

Foto BERNAMA

KUANTAN, 15 Ogos– Kementerian Pengangkutan (MOT) masih belum menerima sebarang permohonan Lesen Pengendali Aerodrom (AOL) bagi pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan yang baharu terletak di Gebeng, setakat ini.

Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa itu juga merupakan antara komponen utama projek Pembangunan Bercampur Bandar Aeroangkasa di Gebeng yang memfokuskan pelaburan berimpak tinggi industri aeroangkasa.

Menterinya, Anthony Loke berkata beliau difahamkan projek berkenaan dijangka akan bermula pada tahun 2027.

Pihaknya menyambut baik hasrat kerajaan negeri Pahang yang ingin mewujudkan sebuah Lapangan Terbang Antarabangsa serta bersedia membantu dari segi permohonan lesen (AOL) tersebut.

\”Kita masih belum menerima permohonan Aerodrom. Perancangan projek itu banyak. Lapangan terbang adalah sebahagian komponen, sebab saya difahamkan projek itu adalah satu bandar aeroangkasa.\”

Terdapat banyak komponen lain, termasuk industri aeroangkasa dan sebagainya. Jadi, yang kritikal adalah lapangan itu landasan dan perkara lain, mungkin memerlukan sedikit masa pembangunan tetapi projek itu akan bermula pada tahun 2027,\” kata Anthony kepada pemberita, hari ini.

Anthony ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa Pelabuhan Kuantan 2024 di Sultan Ahmad Shah International Convention Center, Kuantan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah dan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuantan, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar.

Rancangan pembangunan termasuk bandar aeroangkasa itu membabitkan kawasan seluas 5,042 hektar, dengan anggaran kos RM2 bilion.

Pelaksanaan projek itu di Gebeng juga mengambil kira faktor hab ekonomi kerana terletak di kawasan perindustrian Gebeng dan berhampiran Pelabuhan Kuantan serta Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kemajuan projek pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), beliau berkata kemajuan projek ECL kini mencapai tahap 70 peratus mengikut jadual dimana dijangka akan memulakan operasinya menjelang Januari 2027.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...