Home Nasional Anwar terima kunjungan Menteri Luar Poland
Nasional

Anwar terima kunjungan Menteri Luar Poland

Anwar terima kunjungan Menteri Luar Poland

Menteri Luar Poland, Radosław Sikorski (kiri) bersalaman dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto Facebook

KUALA LUMPUR, 3 September- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Poland, Radosław Sikorski yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia ketika ini.

Beliau menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau percaya dan optimis lawatan itu akan menyumbang secara signifikan kepada pengukuhan kerjasama dan perkongsian antara kedua-dua negara.

\”Selain itu, kami turut menyentuh mengenai kerjasama ASEAN-EU, dengan mengambil kira peranan Poland sebagai Presiden Majlis Kesatuan Eropah Poland pada Januari-Jun 2025 dan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan,\” katanya

Selain itu perbincangan berkenaan turut menyentuh usaha mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Poland, terutama membabitkan kerjasama dalam bidang pertahanan, ekonomi digital, eksport pertanian dan sektor minyak sawit.

Pertemuan kira-kira 40 minit itu juga turut membincangkan secara mendalam dan meluas mengenai isu mendesak terkait konflik di Ukraine dan Palestin.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...